Followers

ALL ABOUT CLOTH DIAPER

CLOTH DIAPER? APE TU???

Cloth Diaper (CD) atau lampin kain moden merupakan salah satu kaedah alternatif penggunaan lampin yang selamat, mudah dan sangat praktikal.

CD juga selamat untuk alam sekitar di mana dapat mengurangkan pencemaran daripada lampin pakai buang (disposable diaper-DD) yang mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus. Melalui penggunaan CD ini juga, kita dapat memberikan sumbangan kecil terhadap pemeliharaan alam sekitar.

• DD bukan sahaja membuatkan bayi terdedah kepada ammonia dan bakteria tambahan tetapi juga lebih berkemungkinan untuk mendatangkan ruam lampin dan banyak lagi kesan buruknya. Acik akan bagitau sikit pasal DD di entri akan datang, InsyaAllah.


ABBREVIATION & COMMON TERM

Biaselaa, kalau orang first time jengah blog2 pasal CD ni mesti pening kepala tengok banyak sangat short form untuk terms yang berkenaan CD. So, untuk memudahkan anda Acik sertakan di bawah senarai beberapa common terms & abbreviations yang biasanya ada dalam blog2 atau web2 CD..

1. CD : Cloth diaper/ lampin kain.

2. POCKET DIAPER : Lampin kain yg mempunyai poket/ ruang untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.

3. INSERT/SOAKER : Penyerap kebasahan yg diperbuat
kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yg dilipat2. Biasanya, selapis insert boleh tahan 2-3 jam, bergantung kepada sekerap mana bayi anda pee.

4. MICROFIBRE : Material tuala yg tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan. Semakin kerap ia dibasuh, semakin tinggi daya serapan sesuatu insert (macam tuala mandi laa senang cakap).

5. FLEECE : Sejenis fabrik yang diperbuat daripada polyester micro fleece. Ia tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri-biri. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan insert/ soaker. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.

6. PUL : Bahagian luar CD yang diperbuat daripada breathable polyurethane laminated outer poly knit yang bertindak sebagai penebat kebasahan. Fabrik ini digunakan sebagai lapisan paling luar sesuatu CD dan mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

7. ONE SIZE (OS) : Saiz boleh diubah dari S/M/L dengan menggunakan snap button yg disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir(3kg)- 3thn(13kg).

8. VELCRO : CD Velcro adalah CD yang bahagian pinggangnya menggunakan pelekat Velcro (ala, macam pelekat kasut skolah tu). Ramai pengguna sukakan CD Velcro, terutamanya yang menghantar anak-anak ke taska kerana ia lebih mudah daripada snap button. Kekurangannya, bila anak anda dah besar sikit, dia boleh tarik-tarik pelekat tu.

9. ALL IN ONE (AIO) : AIO CD ni adalah CD yang takde poket, dijahit terus insertnya..Senang nak menguruskannya. Kelemahan nya adalah disebabkan insert tu ada kat dalam, maka ia lambat sikit kering berbanding pocket CD.