Followers

CARA-CARA MEMBASUH CD

Bagi yang tertanya-tanya, bagaimana nak cuci CD ni? Leceh tak nak cuci CD ni?? Jawapannya, leceh tu memanglah leceh. Tapi, kita nak yang terbaik untuk anak kita kan...? So, semuanya ada dalam diri masing-masing. Kalau hendak seribu daya..

Nak cuci CD ni mudah je kalau ikut style Acik..Lepas amek baby dari nurseri petang2, amek segala CD, asingkan insert dan pocket. Pastu, bila Acik mandi, Acik letak CD2 kotor tu kat lantai bilik air. Biarkan air shower kena CD tu..Kalau biasa mandi sambil nyanyi, ape kata mandi sambil memijak2 CD pulak..? Hihihi.. Lepas shower, perah CD2 tu dan rendam dalam baldi berisi air sehingga tiba hari membasuh (2-3 hari sekali). Opps, tapi yang kena berak tu janganlaa sekalikan tau..buang dulu najisnya dalam toilet bowl, pastu gonyoh2 sket dengan lembut guna tangan. Bilaskan sampai hilang bau, pastu perah dan letak je terus dalam baldi.. Jangan risau, kesan najis baby kalau tak hilang masa gonyoh2 sebelum rendam tu..pasti akan hilang kalau masuk mesin basuh.

Bila tiba hari nak basuh CD2 tu, masukkan semua pocket ke dalam laundry net, dan campakkan ke dalam mesin basuh.. Kenapa nak masuk dalam laundry net? Ia adalah untuk memelihara dan mengekalkan ketahanan pocket. Kan ada snap button, tahan lama lagi laa kalau kita bela elok2. Untuk insert pulak, tak payah masuk dalam laundry net pun takpe. Campak je teros dalam mesin basuh tu. Kalau nak mesin, seeloknya guna tempoh yang paling lama. Kalau mesin Acik ni, mode Blanket.

Masa nak basuh mesin tu, jangan laa guna sabun pencuci yang mahal2, yang banyak chemicals, apatah lagi yang ada tulis live enzymes..tak perlu smua tu.. CD ni kalau boleh biarla dicuci secara natural. Seboleh-bolehnya, guna aje sabun murah2.. Acik plak pakai Pureen Nappy Kleen.

Bila dah siap mesin, jemur CD smua kalau boleh di bawah sinaran matahari. Acik plak x dapat wat camtu sebab duk kat apartment..takde kawasan sidai baju. So, ape Acik buat adelah sidai CD2 tu kat depan kipas. Kalau sidai pukul 10 malam, Subuh esoknya gerenti kering! Ehehehe...

JANGAN masukkan softener atau clorox semasa membasuh kerana softener boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/insert. Andaikata CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpanan tidak boleh lebih dari 3 hari.

Bagi insert, sekiranya telah dicuci tp masih nampak agak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Jemurkan sahaja di kawasan yg mendapat cahaya matahari yg panas. Matahari adalah peluntur yg baik.

Sebulan dua, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar microfleece dan juga insert dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya Sunlight, kemudian dibilas bersih-bersih supaya microfleece dan insert dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti microfleece dan insert kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya stripping perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada microfleece dan juga insert.

CD2 Acik semua Acik masukkan insert dan button siap2 lepas angkat dari jemuran. So, bila nak guna, just grab and go je..Susah2 dahulu, senang2 kemudian..ye tak??

Kesimpulannya, bagi Acik..kalau nak handle CD ni mula-mula tu memang agak leceh. Tapi alah bisa, tegal biasa orang kata. Sekarang ni pun sebelah mata je wat keje.. Cewahh...


RULES OF THUMB: NO SOFTENER, BLEACH, CLOROX, NILA, BEDAK or NAPPY CREAM..(nanti CD kurang absorb..)