Followers

Wednesday 6 April 2011

Berjualan di Damansara~

Salam all,

Hari ni baru berkesempatan nak update kisah Acik berjualan di Puspanita Kementerian Tutt! punya AGM. Acik sewa meja, share dgn ada sorang akak ni. Dia jual kain baju tapi. =)

Sebelum tu, Acik ada mintak Kak Lynn Nasir poskan cloth pad, nak tolonglaa dia jual. Tapi parcel dia Acik tak dapat2 sampai laa ari Rabu petang. Event tu Khamis minggu lepas, pagi2 dah pegi. So, tak dapatlaa Zareen tolong akak. Sorry ye. Akak jgn risau, hujung bulan Mei ada lagi Puspanita punya event. Kali ni lagiiii besar. Gabung smua satu Malaysia. Zareen dah bagi nama utk sewa tapak jualan. Hopefully dapat laa.. =)

Oklaa, jom tengok gamba!




Meja Acik. =)

Penerangan ttg CD - Acik sediakan dlm 150pcs.

Ni yg Acik bawak utk jual - dlm 55pcs je.

Order dr Sanisah KPKT. Thanks dear!

Order dr Kay. Thanks!

Ni kawan Abang order. Abang pun reseller CD kat tmpt keje dia gak. =)

Order En Shahman. Tq!

Order dari Pn Seri. Thanks!

Upah Mama utk Eiman.. Hehe.. =)

Jualan pada hari tu amatlah memberangsangkan. Dari byk2 yg Acik bawak, ada tinggal less than 10pcs je balance. Alhamdulilllah. Memang penat. Tapi best. Suka sgt sebab dah makin ramai ibu2 yg tau pasal CD dan kebaikannya. Yg taktau plak, ramai yg bg respon positif. Ada yg terus beli bila kita dah terangkan kebaikan. Ada yg ragu2, dan ada yg tak jadi bayar walaupun kita dah letak dlm plastik semata2 sebab taknak basuh taik. Before that, dia tak dengar lagi penerangan on how to handle CD bila baby poop. So, dia main mintak je dua keping, and by the time kita hulur beg plastik, dia cakap "Tak jadilah, susah nak basuh bila baby berak."...Haihhh..Orang, macam2 hal.... =)

No comments:

Post a Comment